Warga emas maut dilanggar lori ketika pulang dari masjid

Iklan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa dalam kemalangan di Jalan Persiaran Seroja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Jumaat.

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga emas maut dilanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat Asar di Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, mangsa menunggang motosikal sebelum dilanggar sebuah lori di Jalan Persiaran Seroja, Bukit Sentosa di sini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berumur 71 tahun itu dalam perjalanan menghala ke rumahnya di Taman Kesumba, Bukit Beruntung.

"Siasatan dijalankan mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda Dash dipercayai dari lorong kiri kemudiannya mengubah haluan ke lorong kanan ketika kejadian.

Iklan

"Lori yang membawa barangan kurier yang dipandu seorang lelaki berumur 39 tahun datang dari arah belakang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.