Keruntuhan institusi keluarga membimbangkan: MB Johor

Iklan
Dr Sahruddin ketika hadir bagi merasmikan program Bicara Ilmu di Pusat Islam Iskandar, hari ini.

JOHOR BAHRU - Masyarakat hari ini perlu menyedari risiko dan kesan keruntuhan institusi keluarga yang kian membimbangkan kebelakangan ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, institusi keluarga merupakan ramuan penting dalam melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan peningkatan kes-kes keruntuhan institusi keluarga yang semakin membimbangkan.

"Sewajarnya kita perlu sedar akan risiko dan kesannya kepada kehidupan masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan program Bicara Ilmu: Destinasi Cinta 2019 di Pusat Islam Iskandar, hari ini.

Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri komited dalam usaha memperkukuhkan institusi keluarga dengan penganjuran lebih 60 program tahun ini.

"Kita sasarkan lebih 60 program kekeluargaan yang akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah tahun ini untuk mengukuhkan institusi keluarga.

Iklan

"Ini melibatkan semua lapisan termasuk pelajar sekolah, mahasiswa, kakitangan kerajaan dan badan bukan kerajaan," katanya.

Menyentuh soal program Bicara Ilmu: Destinasi Cinta itu, Dr Sahruddin menyifatkan ia ruang untuk peserta memahami maksud cinta sebenar.

"Program ini bertemakan destinasi cinta yang bertepatan dalam memahami maksud cinta sebenar kerana masih ramai lagi dalam kalangan kita yang gagal memahaminya.

"Cinta kepada ALLAH paling utama, cinta kepada Rasul dan cinta yang lahir daripada diri iaitu cinta kepada diri, keluarga, masyarakat, haiwan dan alam sekitar.

"Peserta akan ambil peluang memandu diri ke arah cinta yang lebih hakiki sehingga menjadi hamba ALLAH yang taat dan patuh perintahnya," katanya.

Dr Sahruddin bersalaman dengan peserta program selepas merasmikan majlis, hari ini.

Beliau sempat menasihatkan agar anak-anak menilai kembali pengorbanan ibu bapa dan pelajar memanfaatkan kemudahan disediakan untuk pendidikan.

"Sebagai anak kita ada peranan penting untuk taat dan patuh kepada ibu bapa. Jika kita menyedari kesusahan ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan dan kepayahan ayah mencari rezeki siang malam, pastinya kita tidak tergamak melakukan sesuatu yang merugikan masa depan kita.

"Pelajar yang hadir, gunakanlah peluang usia muda dan kemudahan pendidikan disediakan kerajaan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin seterusnya gunakan ilmu itu untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan," katanya.