Guna media sosial sebar info rasuah

Iklan
Gambar kecil: Zainal Adnan

SHAH ALAM - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memaklumkan pemerkasaan pendidikan rasuah di peringkat sekolah mahupun universiti tidak mencukupi kerana ia perlu disusuli dengan pendekatan baharu seperti pembikinan video pendek atau drama berkaitan jenayah tersebut.

Yang Dipertua Ikram Kuala Lumpur, Zainal Adnan Abdul Halim berkata, kaedah membanteras amalan rasuah perlu dilihat secara menyeluruh dan sesuai dengan konteks semasa.

Iklan
Iklan

"Kaedah memberi pendedahan rasuah di peringkat institusi pendidikan bukanlah tidak berkesan tetapi ia juga perlu disertakan menerusi pendekatan seperti video pendek atau drama supaya lebih dekat dengan remaja dan orang ramai.

"Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam membendung permasalahan rasuah, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan semasa dan teknologi agar tidak ketinggalan supaya mampu kekal relevan dalam menyampaikan informasi berkenaan jenayah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Zainal memaklumkan, segala bentuk video atau drama berkaitan jenayah itu perlu juga dimuat naik ke laman sosial TikTok, Instagram dan Twitter.

Jelasnya, pendekatan itu perlu diambil kerana ia lebih dekat dengan remaja berikutan golongan berkenaan banyak menghabiskan masa menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, beliau menjelaskan drama pendek itu juga perlu ditayangkan di televisyen kerana ia mempunyai sasaran penonton yang berbeza.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyebarluaskan program antirasuah menerusi pendidikan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta peringkat sekolah perlu dilakukan dengan lebih serius.