Covid-19 bukan lagi darurat kesihatan global - WHO

Iklan
Selepas lebih setahun, pandemik Covid-19 telah menunjukkan trend penurunan. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Covid-19 kini tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global, umum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, beliau mendapat saranan untuk menamatkan status Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) dan bersetuju untuk menerima nasihat itu.

Tedros Adhanom Ghebreyesus

Iklan
Iklan

Nasihat itu dinyatakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan yang ke-15 di London.

"Selepas lebih setahun, pandemik telah menunjukkan trend penurunan.

Iklan

"Trend ini membolehkan banyak negara kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Covid-19 melanda.

"Saranan untuk menamatkan darurat kesihatan ini telah pun dinyatakan dan saya terima nasihat itu.

Iklan

"Namun, ia tidak bermakna Covid-19 bukan satu ancaman kesihatan global," katanya pada Jumaat.

WHO sebelum ini mengisytiharkan Covid-19 sebagai darurat kecemasan awam pada Januari 2020, kira-kira enam minggu selepas virus tersebut melanda.

Status itu membolehkan masyarakat antarabangsa memberi tumpuan kepada ancaman kesihatan itu, di samping mempertingkatkan kerjasama bagi menghasilkan vaksin dan rawatan.

Menurut data WHO, kadar kematian semakin merosot daripada paras kemuncak lebih 100,000 orang setiap minggu pada Januari 2021 kepada hanya lebih 3,500 dalam seminggu hingga 24 April. - Awani