ATLET larian berhalangan, Yoong Wei Theng muncul atlet pertama menyumbang pingat kepada negara pada Sukan SEA 2023 selepas meraih gangsa acara lelaki individu, di sini pada Sabtu.
Acara yang berlangsung di tempat letak kereta Chroy Changvar Convention Centre itu, menyaksikan Wei Theng tidak berdepan masalah apabila unggul meninggalkan peserta tuan rumah, Ol Saoheang sejak dari awal saingan.