KIGALI (Rwanda) - Sekurang-kurangnya 176 orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera pada Jumaat akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di timur Congo, lapor Agensi Anadolu.
"Kejadian banjir menyebabkan tebing Sungai Chibira pecah hingga memusnahkan bangunan serta orang ramai dilaporkan tertimbus dalam runtuhan,” Gabenor Wilayah Theo Ngwabidje Kasi Ngwabidje memberitahu pemberita mengenai situasi di wilayah Kale, Kivu Selatan pada Khamis.
Kampung yang terjejas teruk adalah Bushushu dengan 70 kematian diikuti Nyamukubi, dengan sekurang-kurangnya 67 korban.
Pentadbir Wilayah Kalehe, Thomas Bakenge berkata, lebih 500 rumah musnah, menyebabkan ratusan penduduk hilang tempat tinggal, katanya.
Bencana di Congo berlaku beberapa hari selepas kejadian banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan 140 orang di Rwanda dan barat Uganda awal minggu ini. - Bernama