Pertandingan 24 Hours Challenge promosi LIMA'23

Iklan
Sebahagian peserta Pertandingan 24 Hours Challenge

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 kumpulan peserta awam, media termasuk pempengaruh menyertai Pertandingan cabaran 24 jam ke Langkawi dengan menggunakan pengangkutan awam yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini hingga Isnin.

Ketua Setiausaha Kementerian Menteri Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan berkata, pertandingan itu adalah satu inisiatif bagi mempromosi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) kepada orang ramai, yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini.

Iklan
Iklan

"Ia adalah anjuran Sekretariat LIMA’23 Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pengangkutan.

"Para peserta akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Kedah dalam tempoh masa 24 jam dengan menggunakan mod pengangkutan awam.

Iklan

"Jadi pertandingan ini merupakan satu galakan kepada orang ramai untuk hadir ke sana menggunakan pengangkutan awam ke destinasi (masing-masing) terutama dalam program besar berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan, Karnival Kerjaya dan Pelepasan Peserta Pertandingan 24 Hours Challange LIMA'23 di KL Sentral, di sini, pada Sabtu.

Iklan

Tambah Jana, program berkenaan juga untuk membudayakan dan mempromosikan rangkaian pengangkutan negara.

Ujarnya, pihaknya akan membantu orang ramai terutama golongan belia yang mengharapkan pekerjaan dalam sektor pengangkutan.

"Saya berharap program ini dapat memanfaatkan orang ramai dan menjana pertumbuhan serta inovasi dalam pengangkutan komersial,” katanya.