Peniaga jangan ambil kesempatan naik harga pendingin hawa

Iklan
S Veerapan (tiga dsri kiri) merasmikan Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan. Turut kelihatan Muhammad Zahir(empat dari kiri)

SEREMBAN - Peniaga barangan elektrik diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga pendingin hawa yang tidak munasabah susulan keadaan cuaca panas ketika ini.

Exco Kesihatan Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, pengguna juga perlu memainkan peranan mengemukakan aduan jika berlaku kenaikan melampau pada harga alat elektrik tersebut.

Iklan
Iklan

"Setakat ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup(KPDN) tidak terima aduan lagi berkenaan perkara itu, tapi saya tidak menolak kemungkinan ia boleh berlaku.

"Kita juga tiada maklumat ada peningkatan terhadap permintaan pendingin hawa di negeri ini, tetapi ia masih terkawal," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2023 di Universiti Teknologi Mara(UiTM) Seremban di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah KPDN, Muhammad Zahir Mazlan

Iklan

Selain itu katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan juga tidak mengesan sebarang kes serangan strok haba di negeri ini.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar terutama bagi golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit.

"Semua sekolah juga perlu menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya cuaca terlalu panas sekali gus bagi mengurangkan risiko," katanya.