Malaysia pilih laluan berliku

Iklan
Kapten skuad negara, Azam Azmi Murad (kiri) mengawal pergerakan pemain Thailand yang menyaksikan pasukan lawan menang 2-0 dalam aksi Kumpulan B Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh pada Sabtu. - Foto Facebook FAM.

MALAYSIA berdepan laluan berliku setelah tewas kepada Thailand 0-2 pada aksi kedua Kumpulan B Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Prince, Phnom Penh pada Sabtu.

Skuad Harimau Muda yang membelasah Laos 5-1 pada aksi pertama lalu gagal mempamerkan aksi agresif dan penyudah yang tajam untuk menafikan kemenangan Thailand ketika beraksi dalam cuaca panas antara 36 hingga 39 darjah Celcius.

Iklan
Iklan

Penguasaan pasukan lawan bermula pada babak pertama melalui percubaan berbahaya ke gawang negara dan usaha mereka akhirnya menemui sasaran menerusi pemain gantian, Anan pada minit ke-72.

Thailand kemudian menggandakan jaringan menerusi pemain paling muda dalam pasukan berusia 17 tahun, Yotsakon pada minit ke-83.

Iklan

Jurulatih Harimau Muda, E Elavarasan melakukan empat pertukaran apabila meletakkan Fergus Tierney, Syahir Bashah, T Saravanan dan Azrin Afiq dalam kesebelasan utama.

Sebaliknya merehatkan Mukhairi Ajmal, Haqimi Azim, Daryl Sham dan Aliff Izwan.

Iklan

Selepas Thailand, skuad Harimau Muda akan berdepan juara bertahan, Vietnam pada Isnin sebelum aksi terakhir menentang Singapura (11 Mei).