Lihat situasi Chelsea luar konteks

Iklan
Lampard

FRANK Lampard mengakui tidak terkesan dengan prestasi semasa Chelsea yang tewas dalam keenam-enam perlawanan semua pertandingan sejak dilantik pengendali sementara pada April.

Sebaliknya, Lampard memberitahu bahawa dia dan pemain The Blues mengambil berat, namun sekali lagi mengakui situasi membadai kelab London itu perlu dilihat dalam konteks beberapa dekad kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya saya tidak sakit hati. Mungkin sebabnya saya telah menjadi sebahagian daripada kelab ini melalui kejayaan besar jadi apabila anda melihat suka dan duka sukan, mana-mana sukan boleh memberi detik-detik kesukaran.

"Sekali lagi sejujurnya kami di Chelsea amat cukup bernasib baik selama 20 tahun ini.

Iklan

"Aksi musim ini tidak akan membawa Chelsea ke Liga Juara-Juara. Ia juga tidak akan membawa Chelsea dalam kelompok lapan teratas atau apa sahaja.

"Sudah tentu mungkin tidak semua para penyokong mahu mendengarnya tetapi ia adalah realiti yang saya alami semula," katanya.

Iklan

Penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu membawa The Gunners ke Bournemouth pada Sabtu dengan kemungkinan mereka boleh jatuh jauh di bawah carta Liga Perdana berbanding tempat ke-12 sekarang.


LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (6 MEI)

Bournemouth lwn Chelsea, 10 malam

Manchester City lwn Leeds United, 10 malam

Wolves lwn Aston Villa, 10 malam

Tottenham Hotspur lwn Crystal Palace, 10 malam

AHAD (7 MEI)

Liverpool lwn Brentford, 12.30 tengah malam

Newcastle United lwn Arsenal, 11.30 malam

ISNIN (8 MEI)

West Ham United lwn Manchester United, 2 pagi

Fulham lwn Leicester City, 10 malam

SELASA (9 MEI)

Brighton lwn Everton, 12.30 tengah malam

Nottingham Forest lwn Southampton, 3 pagi