PENAMPILAN kali pertama atlet negara dalam sukan tempur tuan rumah, kun khmer pada Sukan SEA 2023 di sini, membuahkan hasil apabila Athachai Saiphawat Kiang menghadiahkan pingat gangsa, pada Sabtu.
Biarpun beraksi di hadapan ratusan penyokong tuan rumah di Kompleks Sukan Morodok, ia tidak menghalang atlet keturunan Thailand kelahiran Perlis itu untuk menampilkan gerakan menarik dalam acara tarian Kun Kruk kategori 54 kilogram (kg).