KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini, hari ini memerintahkan seorang tukang rumah membela diri atas dakwaan membunuh abang kekasihnya, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Hafiz Mohamad, 32.