IPOH - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan seorang ahli Parlimen pembangkang di Kelantan yang menggunakan air dari pili bomba bagi mengatasi masalah bekalan air penduduk setempat.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap ahli Parlimen tersebut kerana ia merupakan perkara yang tidak bertanggungjawab untuk dilakukan mana-mana individu.