20 cedera 'merry-go-round' roboh

Iklan
Bumbung permainan kuda pusing dinaiki pengunjung tapak pesta ria di Orenburg tiba-tiba roboh. - Foto Agensi

ORENBURG - Sekurang-kurangnya 20 orang cedera termasuk lapan kanak-kanak selepas bumbung permainan 'merry-go-round' atau kuda pusing dinaiki mereka roboh.

Insiden malang itu berlaku di sebuah tapak pesta ria (fun fair) di bandar Orenburg, barat daya Rusia baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Seorang kanak-kanak perempuan dan wanita berusia 10 dan 27 tahun parah dalam kejadian tersebut.

Rakaman video kejadian memaparkan bumbung permainan itu roboh ketika ia berpusing pada kelajuan tinggi menyebabkan kesemua mangsa terhempas ke permukaan tanah.

Iklan

Suasana panik dan jeritan kedengaran semasa pengunjung lain membantu mengeluarkan kesemua mangsa.

Sementara itu, pemilik tapak pesta ria, Timur Shogenov menafikan kakitangannya mengabaikan aspek keselamatan ketika mengendalikan permainan tersebut dan menegaskan pemeriksaan rapi telah dijalankan bagi memastikan ia benar-benar selamat.

Iklan

"Kejadian ini tidak boleh diterima sama sekali. Penalti berat akan dikenakan kepada operator pesta ria jika insiden tersebut berpunca daripada kecuaian," menurut pegawai tempatan. - Agensi