Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia - Polis Thailand

Iklan
Anuruth semasa sidang akhbar di pejabatnya di Narathiwat, Thailand.

NARATHIWAT - Syabu dan yaba merupakan antara dua jenis dadah yang paling banyak diseludup masuk ke Malaysia.

Itu pendedahan yang dibuat oleh Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Anuruth Imarb semasa sidang akhbar di pejabatnya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Anuruth berkata, kesemua dadah itu dipercayai dibawa masuk menggunakan pangkalan haram di sempadan Thailand-Malaysia di sepanjang Sungai Golok.

"Kerajaan Thailand amat bimbang dengan situasi tersebut kerana Narathiwat merupakan wilayah dan lokasi yang mudah untuk pengedaran dadah khususnya ke Malaysia kerana bersempadan dengan Kelantan.

Iklan

"Kesemua dadah berkenaan dibawa masuk dari kawasan utara Thailand iaitu di Segi Tiga Emas melalui sindiket-sindiket dadah sebelum tiba di sempadan wilayah selatan di sini," ujarnya.

Menurut beliau, kejayaan terbesar yang telah direkodkan pihaknya setakat ini ialah pada 2 Julai dan 10 Ogos lalu melibatkan dadah seberat 2,000 kilogram (kg) di Sungai Golok.

Iklan

Tambahnya, rampasan itu melibatkan nilai berjumlah RM20 juta.

Anuruth memberitahu, siasatan yang dilakukan mendapati kebanyakan pengedar bermula sebagai penagih.

"Kita juga mendapati suspek yang ditahan akan memberitahu bahawa ketua terbesar mereka berasal dari Songkhla.

"Polis Wilayah Narathiwat sentiasa mengatur pelbagai langkah untuk mencegah, menyekat dan menyelesaikan masalah dadah," katanya.