TNB, Glomac teroka peluang tenaga hijau

Iklan
(Dari kiri) Ketua Pegawai Retail TNB, Kamal Arifin A. Rahman (Tengah) Datuk Ir Baharin Din bersama Datuk Seri FD Iskandar dan Pengurus Besar Kanan Business Development & Property Management Glomac Bhd, Azhar Shaharudin.

TENAGA Nasional Berhad (TNB) dan Glomac Technology Sdn Bhd (GTSB) anak syarikat pemaju hartanah Glomac Berhad meneroka peluang tenaga hijau untuk menawarkan fasiliti dengan harga kompetitif kepada pelanggan yang berminat menggunakan tenaga bersih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, kerjasama itu akan meningkatkan nilai perniagaan mampan TNB dan Glomac dalam membangunkan keupayaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi menyokong aspirasi Malaysia menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.

Iklan
Iklan

"Gandingan strategik ini akan membolehkan kedua-dua pihak memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat terhadap tenaga hijau.

"TNB sebagai syarikat utiliti tenaga negara akan membantu pelanggan dan rakan kongsi kami untuk meneroka nilai mampan mereka ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar berkata, keputusan untuk membuka bidang perniagaan baharu dengan memberi tumpuan kepada tenaga hijau adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang dalam mempelbagaikan portfolio perniagaan yang tertumpu kepada pembangunan hartanah.

Jelasnya, terdapat pelbagai potensi melalui kerjasama dengan TNB bagi membantu pelanggan di seluruh negara membuat peralihan yang lebih pantas ke arah penggunaan tenaga bersih.

Iklan

"GTSB boleh menyediakan penyelesaian solar fotovoltaik (Pv) terapung kepada pelanggan yang mungkin tidak mampu memasang panel solar pada hartanah mereka agar dapat membeli atau memajak sebahagian daripada kemudahan solar lebih besar dan tersedia di kawasan lain,” ulasnya.

Dalam pada itu, menurut Baharin, kerjasama itu sebahagian daripada komitmen untuk memastikan kejayaan inisiatif ESG terhadap penjanaan kuasa kepada sumber yang lebih bersih dan meningkatkan Grid Masa Depan (GoTF) untuk membolehkan lebih banyak solusi hijau serta memudahkan penyertaan pengguna dalam peralihan tenaga.

Ujarnya, penyelesaian teknologi inovatif yang akan membantu mempercepatkan pertumbuhannya dalam sektor tenaga boleh baharu dan berharap lebih ramai rakan kongsi yang berfikiran sama agar pengguna TNB terus diperkasakan dengan amalan bertanggungjawab serta mampan.

"Solar terapung menjimatkan penggunaan tanah, tidak menjejaskan ekosistem tasik, dan ia menikmati kecekapan penjanaan kuasa lebih tinggi kerana penyejatan air akan beroperasi sebagai sistem penyejukan semula jadi,” katanya.