Al-Quran gergasi 'tular' tarik lebih 10,000 pengunjung sehari

Iklan
Thalib (kiri) dan Mat Rokey (kanan) menunjukkan replika al-Quran gergasi dengan ketinggian 3.6 meter, lebar 5.2 meter di Kampung Pa Pungoh, Yala.

YALA (Thailand) - [DIKEMAS KINI] Penduduk di Kampung Pa Pungoh, di sini tidak pernah menyangka replika al-Quran gergasi yang dibina sempena sambutan Syawal menjadi tular sehingga menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari.

Lebih mengejutkan lagi apabila pengunjung datang dari serata Asia seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Arab Saudi dan banyak lagi.

Iklan
Iklan

Penghulunya, Thalib Mustopa, 59, berkata, setiap kali sambutan Aidilfitri sudah menjadi tradisi masyarakat di sini membina pintu gerbang sebagai salah satu simbol kemelayuan dan pada tahun ini mereka mencari kelainan dengan menghasilkan replika al-Quran gergasi serta binaan gua Hira dan Uhud.

Lebih mengejutkan lagi apabila pengunjung datang dari serata Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Arab Saudi dan banyak lagi untuk melihat sendiri al-Quran gergasi itu.

Menurutnya, idea tersebut dicetuskan oleh Imam, Mat Rokey Wan Kechik, 57, dan kerja-kerja pembinaan ini dilakukan secara bergotong-royong selepas solat sunat Tarawih selama 22 hari.

Iklan

Ujar beliau, al-Quran yang diperbuat daripada batu dan papan itu menggunakan tulisan tangan sepenuhnya yang mengambil masa selama lapan hari untuk menyiapkannya.

Penduduk di Kampung Pa Pungoh, Yala tidak pernah menyangka replika al-Quran gergasi yang dibina sempena sambutan Syawal menjadi tular sehingga menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari.

Thalib memberitahu, bermodalkan RM750 hasil sumbangan orang ramai, replika al-Quran gergasi itu berjaya disiapkan dengan ketinggian 3.6 meter, lebar 5.2 meter kini menjadi bualan mulut orang ramai.

Iklan

"Berkenaan dengan pemilihan surah Al-Israa, ia diambil sempena peristiwa Israk Mikraj.

"Setakat ini pengunjung yang hadir pernah mencecah lebih 14,000 hingga 15,000 orang sehari.

"Selain kampung ini mulai dikenali ramai, ia juga membuka peluang rezeki kepada penduduk di sini yang membuka gerai jualan makanan serta minuman kepada pengunjung," katanya.