MVV 2.0 dijangka tawar 600,000 peluang kerja

Iklan
Aminuddin melihat pelan pembangunan MVV 2.0, semalam.

SEREMBAN – Sebanyak 600,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan menjelang tahun 2045 selepas pelaksanaan pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri dalam usaha menyediakan ‘master plan’ dan memperinci sektor baharu yang boleh diterokai bagi mencapai matlamat berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pelbagai peluang pekerjaan akan wujud apabila pelaksanaan MVV 2.0 ini dijalankan tidak lama lagi, sekurang-kurangnya kita mempunyai lebih 10,000 peluang pekerjaan akan dibuka melalui Fasa 1 ini.

"Pelaksanaan MVV2.0 ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi serta keluaran kasar dalam negara kasar (KDNK) dan negeri sekurang-kurangnya empat peratus,”katanya

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran MVV 2.0 dan Program Publisiti serta Penyertaan Awam Rancangan Tambahan MVV 2045 di Royale Chulan Seremban, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Sime Darby Property Berhad, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Sekretariat MVV, Ab Rahim Ab Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik.

Iklan

Aminuddin berkata, sasaran pelaburan di kawasan MVV dalam tempoh 30 tahun adalah RM294 bilion.

"Pembangunan fasa pertama pelaksanaan MVV 2.0 adalah di Parcel A iaitu di Nilai dengan tumpuan projek industri berteknologi tinggi di Kawasan seluas hampir 3,000 ekar.

"Sebanyak Sembilan inisiatif pembangunan melibatkan 79 tindakan telah dicadangkan dalam Rancangan Tambahan MVV 2045, meliputi aspek alam sekitar, kemudah sampaian, infrastruktur, daya huni, lanskap, rekabentuk bandar, industri, pelancongan dan perkhidmatan,”katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memberikan keutamaan projek pelaburan yang berteraskan ‘bersih dan hijau’ selain pelaburan yang berteknologi tinggi serta memberi impak ekonomi yang besar, selaras dengan agenda Kerajaan PH, pemantapan ekonomi dan pembangunan lestari dan seimbang.

Sementara itu, Zeti berkata, Sime Darby Property Berhad akan melaksanakan projek berkenaan sebagai pemaju induk yang membolehkan pihaknya memajukan serta meningkatkan nilai simpanan tanah dalam kawasan pembangunan MVV 2.0.

"Kami akan usahakan projek yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negara pada masa akan datang,”katanya.