KUALA LUMPUR - Polis meminta seorang wanita yang menjadi mangsa ragut di sebuah kedai di Pusat Bandar Utara Off Jalan Ipoh, di sini, pada Sabtu, supaya tampil membuat laporan polis.
Ini susulan video tular di media sosial daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 30 saat memaparkan seorang wanita diragut.