Nelayan dikhuatiri hilang

Iklan
Bot mangsa ditemui di muara Sungai Semilang pagi tadi.

BUKIT MERTAJAM - Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas terjatuh daripada botnya di peraian Sungai Semilang, Batu Kawan di sini, pagi tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, mangsa, Md Kassim Chat, 65, dikatakan keluar ke laut dari jeti pada jam 6 pagi namun botnya ditemui oleh beberapa nelayan di muara sungai berkenaan pada jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun dia tidak berada di atas bot terbabit.

Lokasi pencarian pasukan SAR.

Ekoran kehilangan itu, MRSC Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) pada jam 12.20 tengah hari tadi.

Iklan

"APMM menggunakan sebuah bot kilat dan dibantu oleh sebuah bot lagi dari Pasukan Polis Marin dalam operasi SAR ini.

"Sehingga jam 4 petang, mangsa belum lagi ditemukan dan kita akan memperluaskan kawasan pencarian disekitar bot mangsa ditemui," katanya.

Iklan