NIBONG TEBAL - Kementerian Pelajaran (KPM) sekali lagi menasihatkan semua sekolah agar tidak menganjurkan sebarang aktiviti luar bilik darjah antaranya merentas desa dan sukan memandangkan keadaan cuaca masih panas ketika ini, demi keselamatan dan kesihatan para pelajar.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM telah mengadakan sesi libat urus bersama seluruh Jabatan Pendidikan negeri bagi memberikan panduan untuk memastikan sekolah tidak menjalankan aktiviti luar ketika ini.