Pertandingan 24 Hours Challenge mencabar tapi menarik

Iklan
Mohd Amin dan Mohamad Syahiran Mustaffa dari Kumpulan Nuclear - Mi.

LANGKAWI - Peserta Pertandingan Cabaran 24 jam berkongsikan pengalaman mereka menggunakan pengangkutan awam, yang disifatkan mencabar namun menarik selain menjimatkan kos.

Peserta, Ts Dr Mohd Amirul Syafiq Mohd Yunos, 37, berkata, dia dan rakannya telah menaiki beberapa pengangkutan awam seperti tren elektrik (ETS), teksi, bas dan Feri dengan anggaran kos tidak melebihi RM400, dan ianya berbaloi.

Iklan
Iklan

"Jumlah bajet yang diberikan pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk kami belanjakan ketika program berlangsung iaitu sebanyak RM500, amat mencukupi.

"Pertandingan ini amat menyeronokkan walaupun tempoh diberikan hanya 24 jam tapi tetap berpuas hati kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan.

Iklan

"Selain mengejar untuk selesaikan misi, kita juga dapat berhenti di Ipoh untuk menikmati suasana dan makanan di sana sebelum bergerak hari ini ke Jeti Kuala Kedah menggunakan bas ekspres dan teksi," katanya ketika ditemubual di Jeti Kuala Kedah, pada Ahad.

Bagi seorang lagi peserta, M Mogana Rau, 47, berpandangan perkhidmatan pengangkutan awam tidak kira ETS, bas atau Grab, adalah mudah, selesa dan murah.

Iklan
Mogana dan Juaidi dari Kumpulan Megatrends.

"Perkhidmatan pengangkutan awam ini menjimatkan wang. Dari MRT Muzium Negara hingga ke Titiwangsa, kami menggunakan bas percuma iaitu Go KL.

"Daripada Sungai Buloh ke Alor Setar pula menggunakan perkhidmatan ETS dan Grab ke Jeti Kuala Kedah untuk menaiki feri pagi ini. Bajet dia murah selain mudah, selesa," ujarnya.

Sementara itu, peserta Juaidi Alimat, 42, memuji perkhidmatan awam khususnya ETS, di mana jangkaan masa ketibaan ke destinasi, menepati masa seperti yang dijadualkan.

Tambahnya, ini kali pertama dia memasuki pertandingan yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, ia pengalaman baharu buat dirinya, biarpun mencabar tetapi menarik.

"Yang penting jangkaan masa ke destinasi itu tepat seperti yang dijadualkan jadi ia memudahkan lagi perancangan kita untuk mengharungi pertandingan tersebut yang mana perlu sampai ke Langkawi dalam tempoh 24 jam," jelasnya.