PN tampil anak jati Selangor jadi MB, Exco jika menang PRN

Iklan
Muhammad Sanusi (tiga dari kiri) bergambar bersama pemimpin dan penyokong PN pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Negeri Selangor di Pekarangan Pejabat Pas Selangor Seksyen 13 di sini pada Ahad.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) akan menampilkan calon anak jati negeri Selangor yang mempunyai kewibawaan untuk memimpin negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu yang dijangka diadakan pada tahun ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, calon berasal dari negeri itu lebih memahami latar belakang dan budaya di negeri berbanding calon dari negeri lain.

Iklan
Iklan

"Menteri Besar dan Exco dari Selangor atau dari Kedah mestilah mempunyai citra kenegerian untuk (memajukan dan membangunkan) tanah tumpah darah (negeri masing-masing)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Negeri Selangor di Pekarangan Pejabat Pas Selangor Seksyen 13 di sini pada Ahad.

Iklan

"Contohnya di Kedah, tidak mungkin orang Selangor bertanding di Kedah pula menjadi Menteri Besar," ujar beliau.

Jelas beliau, penduduk di Selangor mesti memilih pemimpin dari negeri itu kerana mereka lebih tahu selok-belok dan budaya pantang larang serta adat-resam di negeri terbabit.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, perkara itu terpulang kepada parti politik untuk menentukan calon sesuai dalam PRN nanti.

"Bukanlah saya kata orang Sarawak tidak boleh, mungkin (pemimpin diketengah) sudah lama menetap di Selangor mungkin boleh dipertimbangkan dan tidaklah menghalang.

"Tetapi alangkah baiknya jika Selangor ini sendiri diterajui oleh anak negeri ini yang lebih faham cita rasa, cara hidup dan bahasa," ujar beliau.

Ditanya adakah Exco Kedah dibarisi tokoh dari negeri itu, Muhammad Sanusi memberitahu, sembilan daripada 10 Exco kerajaan Kedah anak kelahiran negeri terbabit.

"Jika ada pun seorang Exco dari Sarawak, tetapi itu pun sudah menetap lama di Kedah," tambahnya.