Menangani punca utama masalah gelandangan

Iklan
Situasi ekonomi dengan harga barangan keperluan dan kediaman yang meningkat adalah antara punca semakin ramai warga kota menjadi gelandangan. - Gambar hiasan

STATISTIK rasmi di Malaysia mendedahkan bahawa jumlah gelandangan telah meningkat secara ketara berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Antara tahun 2000 dan 2009, purata gelandangan di seluruh Malaysia yang ditahan oleh pegawai kesejahteraan sosial setiap tahun adalah seramai 1,300 orang.

Iklan
Iklan

Pada tahun 2015 hingga 2019, jumlah kes orang papa yang diselamatkan dalam operasi adalah seramai 14,863.

Dan sejak pandemik Covid-19 bermula, isu gelandangan kini telah menjadi satu masalah nasional.

Iklan

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nation of Women National menganggarkan warga kota yang menjadi gelandangan telah meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Fakta lain yang juga mengecewakan adalah bilangan gelandangan yang sebenarnya adalah lebih tinggi daripada jumlah dilaporkan.

Iklan

Punca-punca utama masalah gelandangan di Malaysia adalah tahap sosioekonomi yang teruk bagi sesetengah penduduk serta sistem kebajikan negara yang lemah.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan kebanyakan penduduk menjadi gelandangan kerana mereka tidak mempunyai sokongan kewangan yang kuat serta stabil.

Hanyalah reformasi sistem negara dapat menangani punca-punca ini secara berkesan.

Pihak kerajaan mesti mengambil pendekatan holistik melalui kementerian serta jabatan yang relevan untuk menangani punca-punca utama masalah gelandangan ini supaya ia dapat diselesaikan secara berkesan.

Antara langkah yang pihak kerajaan harus ambil adalah:

1. Menyediakan perumahan kos rendah kepada golongan B20 yang termiskin di Malaysia.

2. Amalan pengusiran terpaksa tanpa sekurang-kurangnya penawaran perumahan alternatif mesti dihentikan serta merta.

3. Menguatkan jaring keselamatan sosial (social safety net) seperti mewujudkan suatu skema pencen supaya rakyat Malaysia yang tiada sumber kewangan serta sokongan keluarga yang cukup tidak mudah menjadi gelandangan.

4. Memastikan semua rakyat Malaysia di bawah umur persaraan diberikan keutamaan peluang pekerjaan lebih daripada pekerja asing supaya individu termiskin sekurang-kurangnya dapat menjana pendapatan secukupnya untuk menampung hidup mereka.

Gaji pekerjaan tersebut haruslah pada tahap cukup tinggi dan yang sepatutnya bagi menampung sara hidup pada masa kini.

5. Suatu skema pencen bagi warga tua yang secukupnya harus dilaksanakan bagi membantu menyokong saraan hidup golongan warga tua di Malaysia serta keluarga mereka daripada segi kewangan.

6. Menggajikan orang gelandangan yang lebih berupaya dalam pekerjaan yang bersesuaian supaya mereka dapat peroleh pendapatan untuk menyara diri.

7. Menubuhkan lebih banyak pusat jagaan gelandangan yang menawarkan rawatan dan program pemulihan khususnya bagi penagih dadah, contohnya Desa Bina Diri (DBD).

Pada masa sekarang, bilangan institut DBD di seluruh negara adalah terlalu sedikit.

8. Membangunkan sistem pekerja kesihatan masyarakat (community health workers) supaya pekerja tersebut dapat memberikan sokongan emosi dan bimbingan kepada gelandangan dalam pusat jagaan.

Mereka dapat membantu individu tersebut memperoleh penjagaan kesihatan yang mereka perlukan, pengangkutan, makanan khasiat dan sebagainya.

Kesemua ini dapat menambah baik kesejahteraan golongan gelandangan tersebut secara keseluruhannya serta menjadikan mereka lebih berdikari dan berkemampuan supaya mereka dapat menyumbang kepada negara.

Setiap warga Malaysia tidak layak hidup sebagai gelandangan. Mereka sebagai manusia mempunyai hak asasi dan harus diberikan sokongan kewangan yang secukupnya untuk menyara hidup masing-masing.

Tetapi, hal itu hanyalah pendekatan holistik yang menangani punca-punca utama masalah gelandangan dapat memberikan penyelesaian berkesan.

Oleh yang demikian, sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, kerajaan Malaysia harus mengambil langkah-langkah holistik seperti diutarakan di atas supaya masalah gelandangan dalam negara kita dapat diselesaikan secara berkesan.

* Raveen Veerasenan Jeyakumar, Aktivis sosial, Ipoh, Perak