Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat produk kraf yang dipamerkan di Pavilion Antarabangsa Malaysia sempena Minggu Kraf London 2023 hari ini.
Turut sama, isteri Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Jumaani Tun Tuanku Bujang.
Pameran ini berlangsung dari 6 hingga 14 Mei di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. - Foto Bernama