Puteri Sarah fail permohonan nusyuz terhadap Syamsul

Iklan
Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Puteri Sarah menfailkan permohonan nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Isnin.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, antara alasan permohonan itu dibuat adalah kerana sikap pengarah filem ‘Mat Kilau’ itu tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Buat masa ini, beliau berkata, terma-terma lain bagi permohonan itu tidak boleh didedahkan secara terperinci.

"Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa sama Puteri Sarah turut memfailkan tuntutan balas iaitu tuntutan nusyuz terhadap suaminya itu,” katanya ketika ditemui selepas sebutan kes nusyuz di hadapan Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee.

Iklan

Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri atau tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).

Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

Iklan

Dalam pada itu, peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul atau nama sebenarnya Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof mengesahkan permohonan yang dibuat Puteri Sarah.

Menurutnya, memadangkan dokumen yang difailkan baru diperoleh, pihaknya akan meneliti sebelum memfailkan pembelaan terhadap perkara itu.

Mahkamah kemudiannya telah menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding ini, pasangan kontroversi, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir hanya diwakili peguam syarie masing-masing.

Pada 21 Mac lalu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah dengan mendakwa iaterinya sering menghubungi bekas kekasihnya tanpa pengetahuan beliau sehingga mengganggu rumah tangga lelaki itu.

Puteri Sarah selaku defendan telah menerima tuntutan nusyuz Syamsul pada 24 Mac lalu.

Sebelum ini, Puteri Sarah yang juga pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co terhadap Syamsul.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.