Hadkan bendera, sepanduk elak rasuah PRU - Tun M

Iklan
Foto Facebook Dr Mahathir bin Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan cara terbaik yang boleh dilakukan kerajaan dalam menghapuskan rasuah semasa pilihan raya umum (PRU) ialah dengan mengehadkan perbelanjaan parti.

Sebagai contoh katanya, jika jumlah bendera atau sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi suatu kawasan yang ditandingi maka perbelanjaan boleh dikurangkan ketika PRU.

Iklan
Iklan

"Katakanlah jika parti letak calon dalam satu kawasan, hanya 100 bendera, 20 sepanduk dan dua papan iklan dibenar, jadi kos kempen tidak akan menjadi tinggi.

"Saingan antara parti kaya dan miskin akan menjadi lebih adil," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Iklan

Dr Mahathir berkata, perkara penting adalah mengehadkan keghairahan memasang bendera, sepanduk dan papan iklan sekali gus menjadikan pertandingan lebih adil.

"Yang kurang kewangan pun boleh harap menang. Pada masa sama rasuah akan dikurangkan kerana kempen tidak perlu dana besar," jelasnya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, sogokan ketika PRU boleh dikurangkan menerusi orang ramai menggunakan kamera untuk merekod dan membuat laporan.

Ujarnya, begitu juga pihak polis dan badan pencegah rasuah perlu menggunakan kamera untuk mengurangkan perbuatan sedemikian.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, sekiranya terdapat tiga kes sogokan semasa bertanding pilihan raya maka pencalonan parti berkenaan perlu dibatal.

"Memang sogokan kepada pengundi boleh disembunyi. Tetapi amalan sogokan secara terbuka seperti dilakukan dalam PRU15 akan dikurangkan.

"Sedikit sebanyak ia berkesan dalam pengurangan sogokan.

"Jika satu dua kes dikena tindakan, parti-parti akan lebih berjaga-jaga dan tidak akan sogok wang secara yang boleh dikesan," ulasnya.