LONDON - Perdana Menteri sementara Slovakia, Eduard Heger mengumumkan peletakan jawatannya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan pada Ahad.
Heger yang mengetuai kerajaan sementara selepas gabungan empat partinya sendiri tumbang pada Disember tahun lepas, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Zuzana Caputova.
Iklan
Iklan
Heger berkata, beliau menyerahkan kepada presiden dan kerajaan sementara untuk membawa Slovakia kepada pilihan raya yang bebas dan demokratik.
Awal minggu ini, Menteri Pertanian Heger Samuel Vlcan memutuskan untuk berundur dan diikuti peletakan jawatan Menteri Luar Rastislav Kacer.
Sementara itu, Caputova dilaporkan mengesahkan bahawa kerajaan teknikal akan dilantik pada 15 Mei.
Ludovit Odor yang juga timbalan ketua Bank Negara Slovakia akan berkhidmat sebagai ketua kabinet sehingga pilihan raya mengejut pada September. - Bernama