MOSCOW - Rusia kembali tersenarai dalam 10 ekonomi terbesar dunia dengan menduduki tempat kelapan buat kali pertama sejak 2014 dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$2.3 trilion pada 2022, menurut data daripada Bank Dunia dan perkhidmatan statistik yang dianalisa oleh Sputnik pada Ahad.
Pada 2014, Rusia berada dalam kedudukan kesembilan dalam senarai ekonomi utama dunia dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$2.05 trilion manakala pada 2021 negara itu berada di kedudukan ke-11, kata data berkenaan.