Sukan SEA: Kimberly raih pingat emas sulung peribadi

Iklan
Kimberly meraih 276.3 mata keseluruhan sekali gus mengekalkan pingat emas yang dimenangi Ng Yan Yee untuk acara sama pada edisi 2021 di Vietnam.- Foto Bernama

[KEMAS KINI] PENERJUN muda negara, Kimberly Bong menyingkap kempen skuad terjun negara di Sukan SEA Kemboja 2023 dengan percikan emas pada Isnin.

Dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita di Pusat Akuatik Morodok Techo, Kimberly memungut 276.3 mata keseluruhan.

Iklan
Iklan

Kimberly mengetepikan cabaran atlet Indonesia, Gladies Lariesa (perak) dan seorang lagi penerjun negara, Ong Ker Ying (gangsa).

Sebagai rekod, edisi Vietnam 2021 sebelum ini skuad terjun negara menepati ramalan apabila menyapu bersih semua lapan emas ditawarkan.

Iklan
Iklan

Edisi ke-32 di bumi Kemboja kali ini Persekutuan Renang Malaysia (MS) menyandarkan harapan kepada enam penerjun muda yang dipacu pengalaman dua penerjun elit, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim.