Maritim Malaysia tahan bot nelayan guna peralatan terlarang

Iklan
Maritim Malaysia menahan bot nelayan tempatan pada kedudukan empat batu nautika selatan Tanjung Kempit kerana disyaki menjalankan aktiviti perikanan dengan menggunakan peralatan dilarang.- Foto Maritim Malaysia

MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing menahan sebuah bot nelayan kelas C di kedudukan empat batu nautika selatan Tanjung Kempit kerana disyaki menjalankan aktiviti perikanan dengan menggunakan peralatan dilarang.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, bot nelayan tempatan itu dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam rondaan Op Jaksa sekitar jam 11 malam pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Bot tersebut dikendalikan sembilan kru warga Vietnam berumur lingkungan 20 hingga 54 tahun termasuk tekong.

Menurut Suhaizan, kesemua tangkapan dan bot dibawa masuk ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

"Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia," katanya.

Iklan