DUNGUN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada pimpinan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Ahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal berkata, kerjasama (UMNO dan PH) dah terjalin di peringkat pusat, maka ia akan diteruskan demi kestabilan negara dan negeri berkenaan.
Iklan
Iklan
Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.
Sementara itu, menurut Ahmad perbincangan berkaitan agihan kerusi antara UMNO dan PH Terengganu sudah dijalankan sebelum ini namun keputusan akhir antara dua parti tersebut belum dimuktamadkan.
"Kita dah bincang tetapi keputusan belum ada. Macam kita pinang anak oranglah, ada tawar menawar... kalau RM30,000 minta kurang RM20,000," katanya. - Bernama
Artikel Berkaitan