Presiden PSKLM terima pengiktirafan LLM

Iklan
Zakaria (kanak) menerima Anugerah Khas Kecemerlangan Personel Industri Lebuh Raya disampaikan Nanta.

KAJANG - Presiden Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Khas Kecemerlangan Personel Industri Lebuh Raya.

Biro Komunikasi Strategik, PSKLM dalam satu kenyataan memaklumkan pemilihan itu dibuat atas faktor kepimpinan serta penetapan halu tuju strategik Zakaria dalam mendepani isu-isu berkaitan industri lebuh raya.

Iklan
Iklan

Selain itu Zakaria juga bertindak sebagai pengantara di antara syarikat konsesi dengan agensi-agensi kerajaan terutamanya Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

"Pada tahun 2017, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, PLUS Malaysia Berhad dan menjawat jawatan itu sehingga kini,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Majlis anugerah bertujuan menghargai kakitangan berkhidmat di dalam industri lebuh raya dengan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang itu dianjurkan LLM bertempat di Dewan Tan Sri M Yusuff di sini.

Anugerah Khas Kecemerlangan Personel Industri Lebuh Raya disampaikan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Iklan