Isu kenaikan OPR: Kenyataan Rafizi tidak cerdik - Razali

Iklan
Razali

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris menyifatkan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebagai tidak cerdik.

Menurut Razali, OPR merupakan isu besar kerana ia turut mempengaruhi kehidupan rakyat dari segi kenaikan harga barangan.

Iklan
Iklan

"OPR perkara besar, bukan kecil. Ini menyebabkan harga barangan keperluan naik. Menteri Ekonomi jawab macam itu sahaja. Dia kata, rakyat tak terkesan. Tak tahu saya nak kata apa, tak tahu maksud sebenarnya.

"Dulu nampak cerdik masa pembangkang tapi sekarang nampak kebodohan datang mengejut,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Bersatu Bersama Media pada Isnin.

Iklan

Pada Rabu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan OPR meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus.

Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan itu akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Iklan

Sebelum ini, Rafizi dilapor berkata, kerajaan tidak mencampuri kenaikan OPR kerana menghormati kebebasan Bank Negara dalam menguruskan aliran wang bagi jangka masa panjang.

"Prinsip kebebasan itu, supaya ada timbang tara antara kerajaan yang membelanjakan wang dengan Bank Negara yang mengawal aliran wang bagi memastikan pinjaman tidak keterlaluan dan berbelanja secara berlebihan. Prinsip ini yang akan saya pertahankan," katanya.