PTPTN perlu masa kaji semula kaedah pembayaran balik

Iklan
PTPTN

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan tempoh enam hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan kaedah baharu bayaran balik pinjaman pendidikan.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata tempoh itu diperlukan bagi mendapatkan formula baharu kaedah pembayaran pinjaman melalui perbincangan dengan pihak berkepentingan serta mengambil kira maklum balas yang diterima daripada semua pihak.

Iklan
Iklan

"PTPTN menerima keputusan yang dibuat oleh Kabinet untuk menangguhkan dasar baharu yang diumumkan sebelum ini. Kerajaan sememangnya berhasrat untuk membantu rakyat terutamanya peminjam daripada golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) agar tidak terbeban.

"Kami akan mengadakan ‘engagement’ dengan pihak berkepentingan termasuk pemegang taruh, majikan, peminjam, belia muda dan kementerian yang terlibat," katanya, di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata hasil perbincangan akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan sebelum pelaksanaan mekanisme baharu itu.

Pada Jumaat lalu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah baharu bayaran balik PTPTN secara Potongan Gaji Berjadual yang dijadualkan bermula Januari depan.

Iklan

Dalam pada itu, Mastura berkata semua peminjam PTPTN termasuk yang dikenakan tindakan penguatkuasaan yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 27 Oktober tahun lalu hingga 31 Disember ini layak mendapat diskaun 20 peratus.- Bernama

.