Hina Raja-Raja Melayu: Perkasa buat laporan polis

Iklan
Nasrul Ali (tengah) hadir membuat laporan polis di IPD Shah Alam, hari ini, berkenaan forum mengenai Statut Rom.

SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis terhadap Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali yang didakwa mengkritik Raja-Raja Melayu di forum mengenai Statut Rom, di Universiti Malaya, semalam.

Laporan polis ini juga mengaitkan Peguam Negara, Tommy Thomas, Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi serta beberapa individu lain.

Iklan
Iklan

Ketua Penerangan Perkasa Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, mereka ini mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya kepada Raja-Raja Melayu.

"Tindakan itu terlalu biadab dan sepatutnya Peguam Negara (Tommy) sebagai panel ketika forum itu menghalang penghinaan tersebut, namun sebaliknya berlaku.

Iklan

"Selain itu, Syed Hussin juga tidak sepatutnya melemparkan perkataan biadab kerana dia adalah orang berintelek tinggi," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

Tambahnya, Perkasa menentang sekeras-kerasnya cubaan kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.

Iklan

Katanya, Malaysia perlu ada identiti sendiri dan tidak perlu mengiktiraf undang-undang luar kerana undang-undang sedia ada sekarang sudah cukup baik.

"Mengapa terlalu beriya untuk ratifikasi Statut Rom? Kami mendesak mereka ini tampil memohon maaf secara terbuka.

"Kami gesa tindakan tegas diambil terhadap individu terlibat mengikut Akta Hasutan kerana telah menimbulkan kebencian terhadap Raja-Raja Melayu.

Kenyataan biadab itu bukan sahaja mencemarkan kedaulatan Institusi Raja-Raja, ia juga satu penghinaan kepada seluruh sistem raja berperlembagaan," katanya.