Bella Dally akui jarang kongsi gambar suami

Iklan
BELLA DALLY. Foto: ZAHID IZZANI

PELAKON Bella Dally mengakui kesilapan perkahwinan lalu telah banyak mengajarnya untuk menjaga privasi rumah tangga.

Atas faktor itu mendorong selebriti berusia 28 tahun ini tidak terlalu berkongsi perihal rumah tangganya di media sosial.

Iklan
Iklan

"Betul, saya jarang kongsi gambar suami kerana mahu menjaga privasi dan mengelak mengulangi kesilapan lalu.

"Apabila kita selalu kongsi dan tidak berbuat demikian kerana kesibukan, ia akan mengundang spekulasi. Itu yang saya cuba elakkan," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya Ariani FloRaya 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Iklan

Bella mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali, 34, pada 30 Mac lalu.

Dalam pada itu, Bella memberitahu dia bakal berangkat mengerjakan ibadah umrah pada esok, bersama suami tercinta.

Iklan

"Ini merupakan kali pertama saya mengerjakan umrah. Ia lebih istimewa apabila saya pergi bersama-sama suami.

"Selain itu, kami juga akan dapat merasai pengalaman berpuasa di Mekah,” katanya.

Ketika ditanya soal cahaya mata, Bella berkata, dia dan suami tidak merancang sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada rezeki ALLAH SWT.