Undi awal Thailand kecoh

Iklan
Antara pusat pengundian yang dibuka di sebuah pusat beli-belah di Bangkok pada Ahad. - Foto AFP

BANGKOK - Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand berdepan kritikan pada Isnin selepas sebuah kumpulan pemantau menerima aduan tentang proses pengundian awal yang bermula sehari sebelum itu yang turut berdepan cuaca panas terik.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), People's Network to Monitor Elections mengesahkan kira-kira 300 aduan diterima ketika undi awal pada Ahad termasuk ketiadaan nama dalam sistem, kesilapan kertas undi dan senarai nama calon tidak lengkap di pusat pengundian.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan mereka hanya menerima 92 aduan dan siasatan telah dilancarkan.

Ketika menjawab soalan tentang isu itu, ia cuba memberi jaminan kesilapan sama tidak akan berulang pada Pilihan Raya Umum yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Iklan

Susulan kritikan yang semakin meningkat, hashtag 'why do we have an election commission?' (kenapa kita ada suruhanjaya pilihan raya?) turut menjadi trending dengan ratusan ribu pengguna mempersoalkan kredibiliti agensi itu untuk memastikan proses pengundian dilakukan dengan adil dan keputusan tepat.

Difahamkan, suruhanjaya itu dilantik pada 2018 oleh institusi yang dilantik junta selepas insiden rampasan kuasa pada 2014 yang dilancarkan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha yang merupakan bekas ketua tentera.

Iklan

Badan serupa turut berdepan kritikan sama ketika pilihan raya terakhir pada 2019 yang didakwa telah dicemari insiden kecuaian dan manipulasi secara meluas setelah ia menangguhkan keputusan rasmi selama lebih sebulan selain mengubah formula untuk senarai kerusi parti.

Ketika itu, suruhanjaya tersebut menafikan salah laku dan memberi alasan ia memerlukan masa tambahan untuk beberapa isu termasuk proses kiraan semula undi. - Agensi

Info:

>Lebih dua juta pengundi seluruh negara mendaftar untuk mengundi awal.

>Jumlah pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka dianggarkan mencecah 70 peratus daripada angka yang berdaftar selepas pusat pengundian yang ditutup pada jam 5 petang (waktu tempatan).

>Lebih 52 juta rakyat layak mengundi pada Pilihan Raya Umum dijadualkan pada Ahad ini.