Messi kembali berlatih dengan PSG

Iklan
Messi - Foto AGENSI

LIONEL Messi kembali berlatih dengan Paris St Germain (PSG) sekali lagi, kata kelab Ligue 1 pada Isnin, selepas penyerang itu digantung susulan melakukan perjalanan ke Arab Saudi dan hilang sesi latihan.

Media Perancis melaporkan Messi digantung selama dua minggu selepas lawatan tanpa kebenaran ke Arab Saudi apabila dia sepatutnya berlatih bersama skuad itu sehari selepas pendahulu Ligue 1 itu tewas 1-3 kepada Lorient bulan lalu.

Iklan
Iklan

PSG menyiarkan gambar Messi berlatih di media sosial, bersama dengan kapsyen:"Penyerang Argentina dari Paris Saint-Germain itu kembali berlatih pada Isnin 8 Mei."

PSG mendahului enam mata pencabar terdekat Lens dan lapan mata di depan Olympique de Marseille dengan baki empat perlawanan musim ini.

Iklan
Iklan

Sebelum ini timbul desas-desus masa depan Messi di PSG telah menjadi subjek spekulasi sejak kebelakangan ini.