PH diminta tak amalkan pendekatan berbaur pembangkang: Rais

Iklan
Pengasas dan Penaung Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia (JM3) Tan Sri Dr Rais Yatim ketika berucap pada Pesta Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau di Muzium Negara hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Barisan Kabinet PH dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pendekatan berbaur pembangkang sebaliknya mesti menganggap diri sebagai pemimpin ulung.

Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, cara itu dapat memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat terutama golongan bawahan secara menyeluruh.

Iklan
Iklan

"Sekarang kita lihat banyak pembelaan terhadap golongan pertengahan, namun golongan bawahan kurang.

"Oleh itu, dengan pandangan sedemikian sudah sampai masanya kita mengorak langkah baharu supaya setahun ini menjadi teladan dan yang empat tahun akan datang menjadi perbuatan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas prestasi kerajaan menjelang setahun pentadbiran PH selepas merasmikan Pesta Seni Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau di Muzium Negara di sini, hari ini.

Menurutnya, pemimpin PH turut diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kuasa menerusi mandat yang diberikan rakyat.

Iklan

"Jangan salah guna kuasa apabila berada di atas. Walaupun perdana menteri, kita mesti lihat ekonomi rakyat hari ini dan tidak boleh beri tumpuan kepada dasar-dasar utama sedangkan nelayan, peladang dan orang kampung terbiar ataupun terasa tertinggal," katanya.

Pada pada itu, Rais berkata, dalam tempoh setahun kerajaan PH sudah menyalurkan banyak pembaharuan kepada negara.

"Saya tidak wajar untuk menyebutnya satu persatu tetapi dalam pelaksanaan undang-undang atau 'rule of law' ia adalah antara teratas sekali.

"Selain itu, pembelaan terhadap masyarakat Felda juga sudah diperkenalkan selain berusaha untuk mengatasi masalah rasuah," katanya. - Bernama