ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkongsi berita sedih apabila mendakwa dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah 14 minggu baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Official Hlive, Shuhada berkata, salah satu punca keguguran berkemungkinan disebabkan tekanan yang dihadapinya selain tidak makan ubat anti depresi.
"Shu nak khabarkan satu berita sedih... Shu mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab satu, ALLAH dah takdirkan Shu tak dapat teruskan kandungan ni.
"Kedua, Shu memang tak dapat nak kawal stres (tekanan), Shu dah tak makan Shu punya ubat anti depresi. Jadi, salah satu sebab juga la kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan Shu.
"Shu alami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu. Shu minta doa yang baik-baik, Shu minta nasihat positif daripada korang... Shu harap doa yang baik-baik untuk Shu dan anak-anak,” katanya.
Menurut Shuhada lagi, dia terpaksa memaklumkan berita sedih itu disebabkan enggan membiarkan netizen membuat spekulasi dengan menuduh dia sengaja menggugurkan kandungan secara haram.
"Tujuan Shu untuk beritahu berita sedih ini sebab tak nak perkara sama berulang. Sebab saya baru saja dapat berita dituduh Shu sengaja melakukan keguguran secara haram.
"Jadi untuk mengelakkan lagi fitnah, mengelakkan lagi tuduhan yang tak berasas, jadi pendapat daripada ahli keluarga dan peguam, Shu sepakat la untuk mengeluarkan kenyataan khabar berita yang sedih ini.
Pada 13 April lalu, Shuhada menerusi Instagram mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan sudah memasuki 10 minggu.
Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Hafidz Roshdi lapor polis isu Shuhada keguguran
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Pengesahan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 20 Jun ini
ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi hadir prosiding kes cerai isterinya
ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi sudah ke Hospital Bahagia
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Hafidz Roshdi keguguran di usia kandungan 14 minggu