Yayasan Sime Darby terima skor 100 peratus dan penarafan A+

Iklan
Pemberian biasiswa kepada pelajar yang berkaliber tinggi dan memerlukan adalah tunjang utama dalam kerja filantropi YSD.

Pemberian biasiswa kepada pelajar yang berkaliber tinggi dan memerlukan adalah tunjang utama dalam kerja filantropi YSD.

SHAH ALAM - Yayasan Sime Darby (YSD) mengumumkan penerimaan skor 100 peratus dan penarafan A+ dalam Laporan Skor Ketelusan Yayasan oleh Wiki Impact, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Wiki Impact iaitu sumber utama maklumat mengenai organisasi dermawan dan hasil penyelidikannya mendapati, YSD merupakan satu daripada tujuh yayasan di Malaysia yang mencapai skor tertinggi daripada lebih 1,500 yayasan dalam laporan tersebut.

Skor 100 peratus YSD dikaitkan dengan kepentingan mereka dalam memastikan orang ramai mempunyai akses lengkap kepada pelaporan kesan dan penyata kewangan YSD serta mengemas kini media sosial dan laman web mereka mengenai pencapaian dan aktiviti terkini.

Iklan

Skor sempurna mencerminkan komitmen YSD terhadap tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Yatela Zainal Abidin berkata, pengiktirafan tersebut amat bermakna untuk YSD kerana tadbir urus telah lama ditekankan dalam operasinya sehingga ia dimasukkan secara khusus dalam kenyataan misi.

Iklan

"Dedikasi ikhlas pasukan YSD ke arah mendapatkan impak dan melaporkan kesan itu telah membuahkan hasil. Ia menjadikan semua kerja keras dan masa kerja yang panjang berbaloi.

"Kami juga mengucapkan tahniah kepada yayasan lain di Malaysia yang mendapat markah yang baik. Kami harap komitmen kolektif kami terhadap ketelusan akan memberi inspirasi kepada impak sosial dan alam sekitar yang lebih besar pada masa depan lebih cerah untuk negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selepas sambutan ulang tahun ke-40 pada tahun lepas, YSD terus komited untuk memberi impak yang ketara merentasi lima terasnya melibatkan Pendidikan, Alam Sekitar, Komuniti & Kesihatan, Sukan dan Seni & Budaya.

YSD menaja Rimau yang telah menyediakan pasukan peronda Menraq terdiri daripada orang asli untuk memerangi pemburu haram di Hutan Hujan Belum, Perak.

Selain menyediakan peluang pendidikan kepada lebih 4,000 pelajar yang layak dan kurang bernasib baik, yayasan itu juga telah menghubungi hampir tiga juta individu melalui 856 program dan acara untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar.

Pemuliharaan alam sekitar menjadi tumpuan terbesar kedua di YSD dengan 25 peratus daripada perbelanjaan tahunannya disalurkan ke arah itu.

YSD juga telah membantu lebih 650,000 individu melalui inisiatif bantuan bencana di bawah tunggak Komuniti & Kesihatan dengan menyokong 509 artis dan membina kapasiti lebih 24,000 individu di bawah tunggak Seni & Budaya serta menyokong lebih 7,300 peserta, 216 bakat negara dan 13 bakat negeri dalam sukan.

YSD berharap untuk terus menjalankan usaha amal dan pemuliharaan dengan sokongan dermawan Sime Darby Plantation Berhad, Sime Darby Berhad dan Sime Darby Property Berhad untuk jangka masa panjang.

Melalui bimbingan dan sumbangan mereka, YSD dapat mencapai standard kecemerlangan dan pengiktirafan seperti ini.