Ramli bakal akhiri tugas Ketua Polis Pahang

Iklan
Ramli melakukan pemeriksaan perbarisan kali terakhir pada perhimpunan khas sempena pertukaran Ketua Polis Pahang pada Rabu.

KUANTAN - Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan menamatkan tugasnya sebagai Ketua Polis Pahang yang dipikul selama setahun 10 bulan apabila ditukarkan ke Bukit Aman untuk jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Pahang akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ramli berkata, perkhidmatannya menerajui Polis Pahang satu pengalaman memberangsangkan dan memberi makna dalam kehidupan serta kariernya bersama pasukan selama 36 tahun.

Menurutnya, kepercayaan pucuk pimpinan melantiknya sebagai pengarah JSJK Bukit Aman mungkin kemuncak kepada kerjayanya.

Iklan

"Sejarah perkhidmatan saya bermula sebagai Inspektor percubaan pada tahun 1987 dengan tugas pertama sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Perdagangan.

Ramli Mohamed Yoosuf

"Selepas kira-kira tujuh tahun di posisi itu, saya ditugaskan di Jabatan Pengurusan sehinggalah dilantik sebagai Setiausaha Polis Diraja Malaysia sebelum bertukar ke Pahang pada 17 Jun 2021," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada perhimpunan khas sempena pertukaran Ketua Polis Pahang di IPK Pahang pada Selasa.

Ramli berkata, peluang berkhidmat di bawah lima Ketua Polis Negara satu pengalaman berharga dalam kerjayanya sebagai pegawai polis.

"Saya juga bersyukur kerana diberi peluang oleh pucuk pimpinan untuk berkhidmat sebagai Penasihat Polis di Misi Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB) di Sierra Leone, Afrika Barat selama dua tahun enam bulan dan di Ibu Pejabat PBB di New York selama empat tahun," katanya.

Dalam ucapannya, Ramli menekankan pegawai dan anggota Polis Pahang agar sentiasa meningkatkan pengentahuan, kemahiran dan kebolehan memimpin untuk berjaya dan cemerlang dalam kerjaya.