Konsert sulung Coldplay di Kuala Lumpur 22 November 2023

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat datang kepada kumpulan muzik itu menerusi ciapan di akaun Twitternya.

KUALA LUMPUR - Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Memetik laporan portal Awani, kemunculan mereka pada konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.

Iklan
Iklan

"Live Nation Malaysia turut sama teruja sama seperti peminat-peminat Coldplay untuk menyaksikan konsert yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama itu.

"Ini bakal menjadi kemunculan sulung Coldplay di Malaysia!" kata kenyataan yang dikeluarkan penganjur konsert Coldplay, Live Nation Malaysia dalam kenyataan yang diedarkan.

Iklan

Selain Kuala Lumpur, Coldplay juga akan mengadakan persembahan di Tokyo, Jepun, Jakarta (Indonesia), Perth (Australia) dan di Taipei (Taiwan).

Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu popular dengan lagu-lagu seperti My Universe, The Scientist, Yellow, Hymn for the Weekend, Fix You, Viva La Vida dan banyak lagi.

Iklan

Malah, band masyhur dunia itu juga pernah dianugerahkan Favourite Touring Artist tahun 2022 oleh Anugerah AMA dan Tour of the Year 2023 di Anugerah iHeartRadio baru-baru ini.

Tiket-tiket untuk menonton konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour akan dijual kepada publik pada Rabu, 17 Mei ini bermula pukul 10 pagi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat datang kepada kumpulan muzik itu menerusi ciapan di akaun Twitternya.

"Welcome to Kuala Lumpur! (Selamat datang ke Kuala Lumpur)," ciapnya pada Selasa.