Sivakumar sahkan lima pegawai dipecat

Iklan
Sivakumar

SHAH ALAM - Lima pegawai Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa baru-baru ini ditamatkan kontrak serta-merta.

Perkara itu disahkan oleh Menterinya, V Sivakumar selepas merasmikan Persidangan Kemuncak Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC OSH Summit) 2023 di Bangi pada Selasa.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, perkara tersebut perlu dilakukan bagi memastikan kelancaran pentadbiran kementerian berkenaan.

"Itu memang berlaku (pemecatan kakitangan). Kita nak pastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, SPRM menahan pegawai tersebut bagi membantu siasatan berhubung isu rasuah dalam sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan dari Ipoh dalam siasatan yang dikatakan melibatkan rasuah bernilai RM97 juta.

Iklan