Sokongan Proklamasi Orang Melayu tiada kaitan parti politik

Iklan
Ahmad Samsuri

MARANG - Sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihadiri pemimpin Pas sebelum ini tiada kaitan dengan parti politik.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan bersama Tun Mahathir yang dihadiri pemimpin Pas itu adalah untuk menyatakan komitmen dan persetujuan terhadap proklamasi yang dicetuskan.

Iklan
Iklan

"Ia tiada kaitan dengan isu politik apatah lagi orang di dalamnya (Tun Mahathir) dan semua ahli jawatankuasa semuanya bukan ahli Parlimen pun.

"Jadi tentulah, kalau mereka bersetuju sekali pun tidak beri kesan kepada kedudukan kerusi-kerusi dalam Parlimen, dalam Dewan Rakyat," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut, di sini, pada Selasa.

Iklan

Pada 3 Mei lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti itu telah menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan oleh Tun Mahathir.

Perkara itu didedahkan pembantu bekas Ahli Parlimen Langkawi iaitu Abu Bakar Yahya melalui hantaran di Facebooknya pada hari yang sama.

Iklan

Proklamasi itu didakwa menimbulkan beberapa spekulasi termasuk dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) bakal berpecah susulan pembabitan ahli Parlimen parti itu dengan proklamasi terbabit.

Selain itu, ia juga didakwa usaha memancing undi Melayu untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

ARTIKEL BERKAITAN:Sokong Proklamasi Orang Melayu tiada kaitan PRN

ARTIKEL BERKAITAN:Proklamasi Melayu hanya untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan

ARTIKEL BERKAITAN:Proklamasi Orang Melayu bukan agenda politik

ARTIKEL BERKAITAN:Tiga pemimpin Bersatu turut sokong Proklamasi Orang Melayu

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin Pas jumpa Tun M, tandatangan Proklamasi Orang Melayu