Syafiq, Gabriel ceriakan kem terjun

Iklan
Syafiq menyumbang emas ke-11 buat kontinjen negara dalam Sukan SEA Kemboja pada Selasa. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara

DUA penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim cemerlang di kolam renang apabila mempertahankan pingat emas dan perak yang dimenangi pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu.

Syafiq dan Gabriel mengungguli kedudukan pertama dan kedua acara 3 meter (m) papan anjal Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Akuatik Morodok Tech, Phnom Penh pada Selasa.

Iklan
Iklan

Penerjun berusia 27 tahun itu mengutip 377.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan dan Gabriel (365.25), manakala atlet Singapura, Avvir Tham Pac Lun yang mengumpul 360.4 mata meraih gangsa.

Skuad terjun pada Isnin meraih emas pertama menerusi Kimberly Bong yang mengungguli acara 3m papan anjal.

Iklan
Iklan

Kimberly memungut 276.3 mata sekali gus mengekalkan emas yang dimenangi Ng Yan Yee pada temasya sama di Vietnam, tahun lalu.