NEW DELHI - Kemalangan bas di negeri tengah India Madhya Pradesh pada Selasa mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang.
Kira-kira 25 penumpang lain turut cedera apabila bas itu terjatuh dari jambatan di daerah Khargone, kira-kira 320 kilometer dari ibu negeri Bhopal.
Iklan
Iklan
Pemandu itu dipercayai terlelap ketika memandu, menurut laporan media tempatan.
Kerajaan Madhya Pradesh mengumumkan pampasan kewangan sebanyak 400,000 rupee (kira-kira RM21,600) dan dana bantuan Perdana Menteri akan menawarkan 200,000 rupee setiap seorang kepada keluarga penumpang yang terbunuh. - Bernama