KDN teliti laporan dakwaan salah laku PDRM

Iklan
Saifuddin hadir ke Rumah Terbuka PDRM sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti 125 laporan salah laku membabitkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa tidak diambil tindakan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PDRM perlu mengambil beberapa langkah untuk menambah baik agensi berkenaan susulan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

"Kedua, kita harus respons kepada laporan itu dengan mengambil beberapa langkah dan tujuan yang akhirnya untuk mengatasi, memajukan dan memastikan ia tidak bertambah buruk," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur di sini, pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Iklan

Sebuah akhbar pada Selasa melaporkan, beberapa agensi kerajaan dengan sengaja menyembunyikan laporan salah laku melibatkan penjawat awam walaupun sudah dimaklumkan SPRM.

SPRM dilaporkan masih menanti tindakan susulan melibatkan sekurang-kurangnya 500 laporan salah laku membabitkan penjawat awam pelbagai agensi sejak 12 tahun lalu.

Iklan

Mengulas lanjut Saifuddin Nasution berkata, beliau masih dalam proses untuk memahami fungsi termasuk perkara berkaitan integriti, dan penugasan anggota agensi di bawah KDN.

"Setiap anggota polis seramai 122,000 orang itu harus melalui proses meningkatkan integriti dan dari segi struktur (dalaman) sudah ada jabatan yang berfungsi untuk tangani masalah (salah laku) ini," katanya.