Jerman kekal stabil biarpun dibentuk menerusi Kerajaan Perpaduan

Iklan
Dari kiri; Dr Wilhem Hofmeister, Chen, Wan Junaidi dan Thomas Fann ketika persidangan meja bulat di Parlimen pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Jerman kekal stabil meskipun kerajaan yang dibentuk adalah menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan yang berlangsung sejak 2005 hingga 2021.

Berkongsi kejayaan berkenaan, pakar akademik dari University Düsseldorf, Jerman, Dr Wilhem Hofmeister berkata, banyak faktor yang membawa kepada kesejahteraan terhadap Kerajaan Perpaduan Jerman.

Iklan
Iklan

"Sikap kepercayaan untuk membawa kebersamaan itu yang penting, di Jerman Kerajaan Perpaduan 'diikat' dengan perjanjian polisi yang sangat konkrit, teliti dan menyeluruh.

"Kami dibentuk oleh polisi-polisi berkaitan kepentingan rakyat, alam sekitar dan lain-lain yang akhirnya membawa kepada kestabilan dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam persidangan meja bulat anjuran Bersih di Parlimen pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel bagi membincangkan topik berhubung 'Kestabilan Politik semasa Parlimen Tergantung' yang turut menampilkan Ahli Parlimen Subang Jaya, Wong Chen dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann sebagai moderator.

Persidangan meja bulat anjuran Bersih dan Global Bersih menghimpunkan ahli politik kerajaan, pembangkang, pakar dari dalam dan luar negara, pemimpin masyarakat sivil, ahli akademik dan kumpulan mahasiswa dalam satu majlis.

Iklan

Ia berlangsung selama dua hari bermula hari ini, yang mana mendapat kerjasama Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta Kofi Annan Foundation (KAF).

Kerajaan Perpaduan merupakan satu kerajaan yang menggabungkan wakil dari pelbagai politik menuntut parti dan semua pemimpin untuk mengenepikan kepentingan politik dan parti masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara.

Di Malaysia pembentukan Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15.

Penganjuran persidangan meja bulat oleh Bersih ini antaranya bagi membincangkan antaranya bagaimana membina kerajaan dan gabungan yang berfungsi dan stabil bagi memastikan pentadbiran dan pembangunan kerajaan tidak terhalang.